AGENDA

Hadiah motosikal menanti pengunjung Jelajah Selangor Penyayang di Petaling esok

23 Jul 2022, 7:32 AM
Hadiah motosikal menanti pengunjung Jelajah Selangor Penyayang di Petaling esok
Hadiah motosikal menanti pengunjung Jelajah Selangor Penyayang di Petaling esok

SHAH ALAM, 23 JULAI: Pengunjung Jelajah Selangor Penyayang di Petaling berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi acara cabutan bertuah esok.

Menerusi perkongsian di Instagram, sekretariat Jelajah Selangor Penyayang memaklumkan pengunjung hanya perlu mendaftar di kaunter pendaftaran jelajah itu mulai jam 9 pagi.

"Peluang keemasan untuk orang Petaling Jaya. Daftarkan diri dan berpeluang untuk membawa peluang motosikal Suzuki Raider 150.

"Cabutan pemenang akan dibuat pada 12 tengah hari di pentas utama Jelajah Selangor Penyayang," katanya hari ini.

Sementara itu, Jelajah Selangor Penyayang akan berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ia bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan diserikan dengan pelbagai acara antaranya senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619