AGENDA

EXCO: Perluas pendekatan kuliah agama, tidak tumpu masjid dan surau

19 Jul 2022, 12:15 AM
EXCO: Perluas pendekatan kuliah agama, tidak tumpu masjid dan surau

SHAH ALAM, 19 JULAI:  Kuliah  agama Islam disaran tidak dijalankan di masjid dan surau sahaja sebaliknya diperluas ke pelbagai lokasi dengan konsep yang lebih santai.

EXCO Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata penganjuran majlis ilmu juga wajar  menumpukan kepada isu ketuhanan dan kekuatan mental bagi memastikan umat sentiasa bersangka baik kepada Allah.

"Kerajaan Negeri memandang serius dan bimbang dengan kes penghinaan agama Islam mutakhir ini selain berwaspada  untuk membendung agar tidak merebak dan mengganggu keharmonian rakyat.

"Walaupun belum ada laporan khusus tentang punca timbulnya gejala ini, Kerajaan Negeri cenderung melihat kepada usaha membendung dari sudut menjernihkan kefahaman terhadap Islam, ketuhanan dan amalan," katanya menerusi kenyataan.

Mohd Zawawi menganggap kes penghinaan agama mungkin berpunca perasaan kecewa dan putus asa segelintir individu apabila berhadapan dengan masalah hidup.

"Situasi ini menyebabkan individu ini berasa tidak dibantu Allah pada saat mereka memerlukan. Oleh itu, kita menyeru ahli keluarga dan rakan sekeliling sentiasa peka dan membantu golongan terbabit ke jalan yang betul.

"Kerajaan Selangor menyeru masyarakat di negeri ini mempraktikkan konsep hidup bersama supaya sentiasa saling hormat menghormati antara satu sama lain," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619