AGENDA

MB ucap takziah pemergian mantan PM Jepun Shinzo Abe

8 Jul 2022, 9:38 AM
MB ucap takziah pemergian mantan PM Jepun Shinzo Abe

SHAH ALAM, 8 JULAI: Dato' Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang maut akibat ditembak pagi tadi.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter turut menyampaikan ucapan sama kepada rakyat Jepun dan warganya yang tinggal di Selangor atas pemergian itu.

"Takziah kepada keluarga Abe, rakyat Jepun serta warga Jepun yang tinggal di Selangor atas pemergian pada waktu sukar selepas mendiang menjadi mangsa tindakan keganasan yang mengejutkan awal hari ini," tulisnya.

Kematian Abe, 67, disahkan oleh agensi berita NHK World News sebentar tadi menerusi Twitter.

Abe dilaporkan ditembak dari belakang, berkemungkinan dengan senapang patah ketika berucap di bandar raya Nara, barat Jepun pagi tadi.

Mendiang merupakan perdana menteri Jepun paling lama berkhidmat, memegang jawatan pada 2006 selama setahun dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020.

https://twitter.com/NHKWORLD_News/status/1545329132539707393

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619