AGENDA

Musim kemarau landa Asia Tenggara, mungkin berlanjutan hingga Oktober

3 Jul 2022, 12:52 PM
Musim kemarau landa Asia Tenggara, mungkin berlanjutan hingga Oktober

JAKARTA, 3 JULAI: Musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand telah bermula, menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).

Musim kemarau dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022.

"Fenomena cuaca La Niña di Lautan Pasifik khatulistiwa diramalkan akan terus melemah, dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun ini," menurut ASMC dalam satu kenyataan.

Sementara itu, fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD), dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.

Namun, ASMC memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Oleh itu, ASMC menggesa rantau ini untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan.

ASMC juga menjangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seburuk seperti 2015 dan 2019.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619