AGENDA

Ahli parlimen Selayang cadang wujud dasar baharu bela warga emas

2 Jul 2022, 1:24 AM
Ahli parlimen Selayang cadang wujud dasar baharu bela warga emas

SELAYANG, 2 JULAI: Kerajaan disaran mewujudkan dasar baharu dalam memastikan nasib golongan kurang berkemampuan khususnya warga emas terbela.

Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata mengambil contoh lawatan semalam bersama wakil rakyat Rawang Chua Wei Kiat, warga emas tersebut bergantung sepenuhnya kepada anak saudara lelaki dan meninggalkannya bersendirian apabila bekerja.

"Satu dasar perlu diwujudkan supaya setiap golongan kurang berkemampuan sama ada anak yatim, warga emas dapat dibantu dalam segala aspek.

"Kerajaan Pusat perlu menyelesaikan isu ini sebab kebanyakan orang tua pada masa kini tidak mampu menjaga diri sendiri. Oleh demikian, kita akan bawa isu ini pada sidang dewan akan datang," katanya.

Terdahulu, William bersama Wei Kiat melawat Wong Foong Ming, 83, di kediamannya di Taman Bukit Rawang Jaya yang mengalami masalah penglihatan dan pelupa.

Masalah dihadapi Foong Ming mengakibatkan beliau tidak mandi sehingga dua bulan dan sering terlupa aktiviti harian yang dilakukannya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619