PBT

Kacau ganggu lalat, MPKS kompaun pemilik kolam ternakan ikan

1 Jul 2022, 12:25 AM
Kacau ganggu lalat, MPKS kompaun pemilik kolam ternakan ikan
Kacau ganggu lalat, MPKS kompaun pemilik kolam ternakan ikan

SHAH ALAM, 1 JULAI: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengeluarkan kompaun kepada pemilik kolam ternakan ikan di Sungai Yu, Tanjung Karang.

MPKS menerusi kenyataan memaklumkan tindakan itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat susulan kacau ganggu lalat di kawasan tersebut.

"Sebelum ini, MPKS telah mengeluarkan Notis Hapuskan Kacauganggu dan kompaun kesalahan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 tetapi pemilik masih gagal mematuhi.

[caption id="attachment_528043" align="alignright" width="500"] Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menyita beberapa kawasan kolam ternakan ikan yang menjadi punca kacau ganggu lalat di Sungai Yu, Tanjung Karang pada 28 Jun 2022. Foto Facebook MPKS[/caption]

"Penguat kuasa bertindak menyita beberapa kawasan sekitar kolam ternakan dan pemilik dikenakan kompaun mengikut UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan perindustrian 2007 dan Seksyen 82(5) Akta Kerajaan Tempatan," kata kenyataan di Facebook.

Dalam kenyataan sama, kacau ganggu lalat itu didapati berpunca daripada bangkai ayam yang dijadikan makanan kepada ikan ternakan di situ.

Justeru, MPKS menegaskan kepada mana-mana pengusaha ternakan sentiasa menjaga kebersihan ladang dan kolam dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) agensi berkaitan.

Operasi tersebut dijalankan pada 28 Jun lalu melibatkan 24 anggota dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Perikanan Daerah Kuala Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619