AGENSI

MB: Pinjaman NaDI dipermudah, lahir lebih ramai usahawan wanita

27 Jun 2022, 2:18 PM
MB: Pinjaman NaDI dipermudah, lahir lebih ramai usahawan wanita
MB: Pinjaman NaDI dipermudah, lahir lebih ramai usahawan wanita

SHAH ALAM, 27 JUN: Kerajaan Negeri akan memudahkan urusan pinjaman Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) bagi melahirkan lebih ramai wanita berjaya dalam perniagaan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pembiayaan sehingga RM5,000 oleh Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) selari hasrat melihat ramai rakyat negeri ini memiliki wang tambahan untuk menyara hidup.

"Membina perniagaan atau mencari pendapatan tambahan keluarga telah dimudahkan untuk wanita Selangor dengan NaDI. Skim ini terbuka kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan.

"Penyaluran modal pusingan perniagaan juga mudah, cepat dan tidak membebankan. Selagi mana ada kesungguhan, kita akan menyenangkan urusan pemohon supaya lebih ramai wanita berjaya dapat dilahirkan," tulisnya di Facebook.

Menerusi Pakej Kita Selangor, Kerajaan Negeri memberi peruntukan awalan RM10 juta untuk membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta boleh memilih tempoh biaya antara enam bulan hingga tiga tahun.

Tahun ini, Hijrah menyasarkan sebanyak 1,722 pemohon skim NaDI dengan jumlah pembiayaan RM8.61 juta.

Terbuka kepada wanita dan semua kaum, individu berminat boleh memohon melalui laman sesawang http://www.hijrahselangor.com atau hubungi pegawai pembiayaan di 20 cawangan Hijrah Selangor.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619