AGENDA

Agong, permaisuri zahir takziah kepada keluarga Adibah Noor

19 Jun 2022, 7:07 AM
Agong, permaisuri zahir takziah kepada keluarga Adibah Noor

KUALA LUMPUR, 19 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi dan pelakon Adibah Noor yang meninggal dunia semalam.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan sama menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Adibah Noor dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar selain tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

"Seri Paduka Baginda turut menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai kehilangan besar kepada dunia seni tanah air," menurut catatan itu.

Adibah Noor Mohamed Omar, 51, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira 7.45 malam semalam akibat kanser ovari tahap empat.

Jenazah Allahyarhamah dimandi dan dikafan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat, kira-kira 9.20 pagi tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, di sini sekitar 12 tengah hari.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619