AGENDA

12 atlet lagi tersenarai ke Sukan Komanwel Birmingham

17 Jun 2022, 10:30 AM
12 atlet lagi tersenarai ke Sukan Komanwel Birmingham

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Saiz kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini bertambah dengan penyertaan tiga lagi sukan dan 12 atlet berpotensi untuk ke temasya sukan itu bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan keseluruhan 107 atlet terdiri daripada 69 lelaki dan 38 wanita, yang akan membawa cabaran negara di Birmingham dengan sasaran tujuh emas.

Pemilihan mereka yang diletakkan dalam senarai pertimbangan sebelum ini diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dipengerusikan presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

“Atlet-atlet tersebut adalah terdiri daripada golongan atlet muda dan pemenang pingat di temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam yang lalu,” menurut kenyataan MOM hari ini.

Sementara itu, penambahan tersebut melibatkan sukan judo, tinju dan triathlon iaitu masing-masing diwakili dua atlet, selain olahraga yang menambah tiga atlet, terjun (1) dan renang (2).

Sebelum ini skuad olahraga ke Birmingham dibarisi empat atlet sementara terjun dan renang masing-masing 11 dan dua atlet.

Selasa lepas, Mohamad Norza berkata sasaran tujuh pingat emas dijangka dicapai menerusi sukan badminton yang diharap menyumbang dua emas, manakala masing-masing sebutir emas menerusi gimrama, boling padang, angkat berat, skuasy dan powerlifting (sukan para).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619