AGENDA

Program prasekolah Anis mulai Ogos, tingkat tahap penguasaan anak istimewa

15 Jun 2022, 3:00 PM
Program prasekolah Anis mulai Ogos, tingkat tahap penguasaan anak istimewa

SHAH ALAM, 15 JUN: Seramai 80 pelajar anak istimewa berusia lima hingga enam tahun bakal menjadi kumpulan pertama program prasekolah pusat sokongan Anak Istimewa Selangor (Anis).

Ketua Jabatan Anis Danial Al-Rashid Haron berkata semua pelajar itu dijangka memulakan sesi pembelajaran di pusat sokongan bertempat di Seksyen 7, di sini, pada Ogos.

"Pelajar akan didedahkan dengan latihan dan pengetahuan mengurus diri sebelum masuk tahun satu. Inisiatif ini membolehkan pelajar berdikari dan mengurus diri sendiri bila masuk sekolah.

“Sebelum prasekolah tamat, mereka perlu menjalani ujian untuk lihat tahap penguasaan. Mereka yang lulus boleh meneruskan pelajaran aliran perdana,” katanya kepada SelangorKini, hari ini.

Beliau berkata pusat prasekolah itu disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan dalam proses ubah suai.

“Kita harap semua pihak berkuasa tempatan akan bekerjasama menyediakan kemudahan seperti kni supaya lebih ramai lagi anak istimewa mendapat pendedahan demi masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata program terbuka kepada semua anak istimewa kelahiran Selangor bagi kategori kurang upaya pembelajaran dan pendaftaran boleh dibuat di www.anisselangor.com/prasekolahanis .

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619