AGENDA

Masyarakat disaran belajar tatabahasa, kuasai bahasa Melayu yang betul

13 Jun 2022, 12:00 AM
Masyarakat disaran belajar tatabahasa, kuasai bahasa Melayu yang betul
Masyarakat disaran belajar tatabahasa, kuasai bahasa Melayu yang betul

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Sasterawan negara menyarankan masyarakat Melayu meningkatkan pembelajaran tatabahasa selain memartabatkan penggunaan bahasa itu tanpa mengira keadaan.

Datuk Dr Zurinah Hassan berkata berdasarkan pengamatannya, masyarakat Melayu hari ini tidak menggunakan tatabahasa yang betul sekali gus menjejaskan penguasaan bahasa Melayu.

[caption id="attachment_525209" align="alignleft" width="303"] Sasterawan Negara Datuk Dr Zurinah Hassan. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Berbanding dengan bangsa lain yang belajar dengan tatabahasa dan menggunakannya secara berhati-hati, kita orang Melayu perlu kuasai bahasa yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Program Hati dan Minda Sasterawan di Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Tambah Zurinah, bidang kesusasteraan adalah sesuatu yang realistik yang mengungkapkan perkara-perkara sebenar dalam kehidupan manusia.

"Ia mengungkap sesuatu yang indah, contohnya jika hendak marah pun mempunyai cara tersendiri. Namun, hendak tahu sejauh mana realistiknya perlu baca," katanya.

Pavilion Selangor di PBAKL 2022 merupakan ruangan Selangor sebagai negeri tamu menyediakan pelbagai maklumat mengenai insentif negeri.

Program Hati dan Minda Sasterawan pernah dianjurkan pada Pesta Buku Selangor tahun lalu dan menerusi PBAKL 2022 menampilkan beberapa sasterawan antaranya Prof Emeritus Dr Muhamad Haji Saleh, Fadli Al-Akiti serta Helmy Samad yang merupakan anak A Samad Said.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619