AGENDA

Kongres Nasional KEADILAN ditunda kepada 15 Julai

10 Jun 2022, 10:01 AM
Kongres Nasional KEADILAN ditunda kepada 15 Julai

SHAH ALAM, 10 JUN: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menunda tarikh Kongres Nasional ke-16 yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada akhir bulan ini kepada 15 hingga 17 Julai.

Setiausaha agungnya  berkata penangguhan itu bagi memberi ruang kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN meneliti dapatan dan syor Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berkaitan aduan pemilihan parti.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan itu mengambil kira tempoh JPP menyelesaikan beberapa perkara yang dibangkitkan selain memberi masa kepada kepimpinan cabang baharu untuk membuat pelantikan.

"Kongres Angkatan Muda KEADILAN Pusat serta Kongres Wanita KEADILAN Pusat pula akan diadakan serentak pada 15 Julai di IDCC," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kongres berkenaan dijadual berlangsung pada 24 hingga 26 Jun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619