AGENDA

Sekolah Kampong Jawa, Klang disenarai pendek 10 sekolah terbaik dunia

10 Jun 2022, 12:00 AM
Sekolah Kampong Jawa, Klang disenarai pendek 10 sekolah terbaik dunia

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Dua Sekolah Amanah Malaysia disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori ‘Inovasi’ manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor tercalon bagi kategori ‘Menangani Cabaran’.

T4 Education dalam kenyataan semalam memaklumkan anugerah yang dilancarkan pada tahun ini dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai ASD250,000.

Menurut kenyataan itu tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat.

Pemenang bagi setiap kategori yang akan diumum pada Minggu Pendidikan Dunia, 16 hingga 21 Oktober depan akan menerima ASD50,000.

Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota dalam kenyataan itu berkata sekolah disenarai pendek tersebut dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan sebenar kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh kepada orang ramai.

“Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan. Kini, para pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619