AGENDA

Anwar minta kerajaan atasi isu orang tengah kawal bekalan ikan

8 Jun 2022, 7:37 AM
Anwar minta kerajaan atasi isu orang tengah kawal bekalan ikan

SHAH ALAM, 8 JUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan segera mencari jalan bagi menyelesaikan isu orang tengah yang dipercayai mengawal rantaian bekalan sektor perikanan negara.

Ketua Pembangkang berkata kewujudan orang tengah menjadi punca harga dan bekalan ikan serta produk akuakultur di negara ini tidak stabil.

"Isu ini ternyata amat mendukacitakan kerana ia memberi kesan mendalam kepada golongan nelayan dan keluarga mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Kerajaan menerusi kementerian terlibat perlu menyatakan pendirian terkait perkara ini sekali gus mencari jalan untuk merungkai permasalahan yang berlaku dan menawarkan jalan penyelesaian," katanya di Facebook.

Anwar juga berkata, sindiket orang tengah tidak seharusnya dibiarkan mendominasi bekalan sektor perikanan dan terus menekan golongan nelayan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media bahawa orang tengah bukan sahaja berkuasa membeli ikan pada skala besar, mencorak, menentu serta memanipulasi bekalan dan harga di pasaran negara tetapi juga membangunkan ekosistem perikanan kebal yang tidak mampu ditembusi pesaing baharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619