AGENDA

Tiga pemain Akademi Mokhtar Dahari jalani latihan percubaan kelab Eropah

1 Jun 2022, 5:46 AM
Tiga pemain Akademi Mokhtar Dahari jalani latihan percubaan kelab Eropah

SHAH ALAM, 1 JUN: Tiga pemain muda dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berpeluang memikat kelab Eropah selepas dihantar menjalani latihan percubaan bersama dua kelab.

AMD memaklumkan mereka yang juga dalam kalangan pemain terbaik AMD generasi 2005 menjalani latihan percubaan bersama FC Annecy di Perancis dan Racing FC di Luxembourg mulai 2 Jun hingga 19 Jun.

"Dari tiga pemain terbabit, dua daripadanya iaitu Mohammad Haykal Danish dan Rohisham Haikal pernah bermain bersama skuad bawah 13 tahun Paris Saint Germain (PSG) dalam Kejohanan Antarabangsa V Memorial Giuseppe Augello di Rome, Itali pada 2018.

"Manakala seorang lagi pemain iaitu Muhammad Abu Khalil adalah pemain utama skuad Piala Presiden AMD yang kini berada pada tangga pertama kedudukan pasukan bagi saingan Piala Presiden," katanya menerusi Facebook.

Menurut AMD, ketiga-tiga pemain berlepas ke Perancis semalam diiringi Pengarah Teknikal Program Latihan Pembangunan Negara (NFDP) Saad Ichalalene serta jurulatih bawah 17 tahun AMD Amarul Naza Mohamad.

"Ia bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pemain selepas mereka tamat pengajian di AMD. Program ini tertangguh hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19 dan akan diteruskan untuk semua generasi di AMD," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619