AGENDA

Shereen pecah rekod peribadi, raih emas acara 400 meter di Amerika Syarikat

29 Mei 2022, 1:03 PM
Shereen pecah rekod peribadi, raih emas acara 400 meter di Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy sekali lagi mencipta sensasi apabila meraih emas acara 400 meter (m) wanita di Kejohanan Individu Divisyen II Trek dan Padang di Michigan, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Menerusi keputusan di laman rasmi Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), Shereen yang mewakili Winona State University mencatatkan 52.68 saat (s) mengatasi rekod peribadi 53.79s yang dilakukan di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan di Kansas, Amerika Syarikat pada 12 Mac lepas.

Ayana Field (53.44s) yang mewakili Cal Poly Polmona di tempat kedua manakala Hanna Williams (53.49s) dari Missouri Western di tempat ketiga.

Sebelum ini, Shereen menjadi sebutan selepas melebur rekod kebangsaan milik Noraseela Mohd Khalid 54.58s yang dilakukan pada 2006.

Atlet berusia 23 tahun itu adalah anak bongsu kepada bekas bintang olahraga negara Samson Vallabouy dan Josephine Mary Singarayar.

-- BERNAMA

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619