AGENDA

Murid darjah empat maut digilis lori, motosikal dinaiki bersama ibu terbabas

19 Mei 2022, 1:35 PM
Murid darjah empat maut digilis lori, motosikal dinaiki bersama ibu terbabas

BUKIT MERTAJAM, 19 MEI: Seorang murid perempuan Tahun Empat maut selepas motosikal dinaiki bersama ibunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Kampung Baru, Alma, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang membonceng motosikal itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 1.45 tengah hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku motosikal yang ditunggang ibu kanak-kanak itu hilang kawalan, menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh di atas jalan raya.

“Wanita berusia 30-an itu sempat menyelamatkan diri sebaik terjatuh manakala anaknya yang membonceng, digilis oleh lori treler yang datang dari arah sama, dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat, manakala ibunya yang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan dirawat di hospital sama.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619