AGENSI

Yide sasar kutipan infaq RM1.5 juta bantu mangsa bencana, anak yatim

11 Mei 2022, 6:30 AM
Yide sasar kutipan infaq RM1.5 juta bantu mangsa bencana, anak yatim

SHAH ALAM, 11 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyasar kutipan Kupon Infaq RM1.5 juta hingga hujung Syawal ini bagi membantu mangsa bencana dan anak yatim.

Pengurus besarnya memaklumkan sejumlah RM258,333.89 diperoleh setakat ini, yang turut digunakan bagi membantu pesakit buah pinggang di pusat dialisis Majlis Agama Islam Selangor.

"Insya-Allah kita sasar RM1.5 juta dikutip sehingga hujung Aidilfitri. Kita mengalu-alukan sumbangan orang awam untuk berinfaq bagi bersama membantu individu dalam kesusahan," kata Nur Mohd Razali Abdullah.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian ke akaun Yide 1223 4010 0073 30 (Bank Islam (M) Berhad) atau muat turun aplikasi InfaqYide di Google PlayStore atau App Store.

Setiap penyumbang juga boleh mendapat resit pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) apabila bersedekah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619