AGENDA

MB cari rumah sewa buat mangsa kebakaran, urus pembaikan kediaman

10 Mei 2022, 8:02 AM
MB cari rumah sewa buat mangsa kebakaran, urus pembaikan kediaman
MB cari rumah sewa buat mangsa kebakaran, urus pembaikan kediaman

SHAH ALAM, 10 MEI: Kisah dua keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran di Kampung Bahtera, Batu Caves pada Ahad mendapat perhatian Dato' Menteri Besar.

Melalui kenyataan di Facebook, Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sedang menguruskan rumah sewa buat mangsa.

Beliau menjelaskan pihaknya juga memperuntuk dana bagi membaik pulih semula kediaman mereka.

“Tiba dari Sabah terus ke Kampung Bahtera Batu Caves, ziarah dua keluarga yang ditimpa musibah awal pagi Ahad lalu, rumah mereka terbakar.

“Selain sumbangan segera dihulur, Pusat Khidmat sedang uruskan rumah sewa sementara buat keluarga dan dana pembaikan rumah kedua mangsa,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor memaklumkan kejadian jam 4.13 pagi itu menyebabkan dua rumah berkenaan musnah 80 peratus.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan nyawa, namun sebuah kereta musnah 100 peratus dan sebuah van rosak 10 peratus. Operasi pemadaman mengambil masa dua jam 45 minit,” katanya.

[caption id="attachment_520363" align="aligncenter" width="730"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyantuni mangsa mangsa kebakaran di Kampung Bahtera, Batu Caves baru-baru ini. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619