AGENDA

Saifuddin: Pemilihan KEADILAN bakal kukuhkan semula struktur parti

8 Mei 2022, 12:05 AM
Saifuddin: Pemilihan KEADILAN bakal kukuhkan semula struktur parti

PETALING JAYA, 8 MEI: Pemilihan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi penggal 2022/2024 tidak membawa perpecahan sebaliknya mengukuhkan semula struktur pentadbiran parti.

Setiusaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan parti tidak akan mengadakan proses itu jika ia membawa kesan buruk menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 yang diuar-uar berlangsung dalam masa terdekat.

“Kenapa lakukan pemilihan parti? Kenapa buat ketika PRU semakin dekat? Orang akan kaitkan dengan perpecahan. Kalau sudah berpecah dan lemah, macam mana hendak berdepan PRU?

“KEADILAN adalah parti reformasi. Kita amal demokrasi. Jadi, kita hendak tunjukkan pemilihan ini tidak carikkan persahabatan dan semangat setiakawan ahli” katanya dalam majlis pelancaran Gagasan #KitaSemuaKEADILAN di sini semalam.

Tidak mahu Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menanggung beban mentadbir parti bersendirian, beliau menyifatkan pemilihan kali ini penting bagi mengisi kekosongan jawatan utama, kesan langsung akibat Langkah Sheraton.

“Tidak adil letakkan beban kepada presiden. Bila keputusan tidak berpihak, semua salahkan presiden. Jadi, kena lengkapkan jawatan yang lompong dan kuat untuk PRU," katanya yang bertanding jawatan timbalan presiden.

Seramai 11,282 calon peringkat cabang dan jawatan tertinggi bertanding dalam pengundian yang dijadual berlangsung pada bulan ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619