AGENDA

Kerja pembaikan paip pecah di Taman Pertama selesai, bekalan air mula disalurkan

1 Mei 2022, 7:37 AM
Kerja pembaikan paip pecah di Taman Pertama selesai, bekalan air mula disalurkan

SHAH ALAM, 1 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja pembaikan susulan insiden paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama Kuala Lumpur sudah siap sepenuhnya.

Berikutan itu, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat ke premis pengguna dan ia dijangka pulih sepenuhnya pada jam 4 pagi esok.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," kata Air Selangor dalam kenyataan hari ini.

Menurut Air Selangor, bantuan alternatif menerusi lori tangki akan terus digerakkan ke kawasan terjejas dan keutamaan diberikan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan tidak berjadual ini.

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa di semua medium khususnya media massa," katanya.

Pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi pusat perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619