AGENDA

Polis buru 80 tahanan etnik Rohingya yang masih bebas

23 Apr 2022, 3:33 AM
Polis buru 80 tahanan etnik Rohingya yang masih bebas

ALOR SETAR, 23 APRIL: Polis masih mengesan baki 80 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata setakat malam tadi, 65 lelaki dewasa, lapan wanita dewasa dan tujuh kanak-kanak perempuan belum ditemukan.

“Setakat ini, seramai 448 tahanan etnik Rohingya telah ditemukan iaitu 229 lelaki dewasa, 89 wanita dewasa, 69 kanak-kanak lelaki dan 61 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Hassan berkata sehingga kini jumlah tahanan yang berada di dalam depot tersebut adalah 15 orang dengan kerja-kerja dokumentasi sedang dilakukan sebelum mereka dihantar ke depot tahanan lain.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya melarikan diri, bagaimanapun enam daripada mereka maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di lebuh raya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619