ADN

Masjid, surau DUN Kota Kemuning terima bantuan Ramadan RM56,000

22 Apr 2022, 4:50 AM
Masjid, surau DUN Kota Kemuning terima bantuan Ramadan RM56,000

SHAH ALAM, 22 APRIL: Sebanyak tujuh masjid dan 27 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning menerima sumbangan Ramadan berjumlah RM56,000.

Turut menerima bantuan itu termasuklah satu persatuan penduduk dan tiga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), menurut wakil rakyatnya.

V Ganabatirau memaklumkan serahan cek kepada kesemua penerima dilakukan pada program berbuka puasa di Masjid Al-Faizin, Seksyen 27 semalam.

"Sebanyak tujuh masjid, 27 surau, satu persatuan penduduk dan tiga MPKK telah menerima keseluruhan sumbangan cek bernilai RM 56,000.

"Kesemua ahli jawatankuasa masjid, surau, persatuan penduduk dan MPKK merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan," katanya di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619