AGENSI

Air Selangor agih 1,334 kotak makanan, baiki paip rosak 35 rumah B40

21 Apr 2022, 4:00 AM
Air Selangor agih 1,334 kotak makanan, baiki paip rosak 35 rumah B40

SHAH ALAM, 21 APRIL: Sebanyak 1,334 kotak bantuan makanan asas dihulurkan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) tahun lalu.

Air Selangor memaklumkan bantuan itu merupakan sebahagian Program Sesama Mara sejak 2020 yang memberi fokus kepada B40 sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

"Bertemakan Sesama Mara atau ‘Together We Move Forward,’ program ini diteruskan bagi memberi sokongan kepada komuniti terbabit menerusi sumbangan keperluan asas.

"Untuk maklumat lanjut berhubung program ini, sila layari https://www.airselangor.com/sesamamara/," katanya di Facebook.

Menerusi perkongsian video, antara bantuan lain yang dihulur Air Selangor adalah pembaikan paip dalaman yang rosak di 35 kediaman dan kursus kemahiran perantis tukang paip bagi membantu peserta kehilangan pekerjaan ketika Covid-19.

Selain itu terdapat juga pemberian komputer riba, data internet percuma dan kelengkapan sekolah kepada anak-anak warga kerja Air Selangor yang memerlukan.

Malah Air Selangor juga membuat tempahan pelitup muka untuk membantu komuniti wanita B40 dan orang kelainan upaya (OKU) menjana pendapatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619