AGENDA

Harga runcit petrol, diesel kekal bagi tempoh seminggu

20 Apr 2022, 9:39 AM
Harga runcit petrol, diesel kekal bagi tempoh seminggu

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 27 April.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.81 dan RM2.05 seliter, manakala diesel ditetapkan RM2.15 seliter.

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan, sepertimana dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran," menurut kenyataan itu.

Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petrolum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

MOF turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619