PBT

MBSJ tawar kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri

14 Apr 2022, 7:01 AM
MBSJ tawar kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri
MBSJ tawar kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 14 APRIL: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri bermula 19 hingga 30 April depan.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSJ Azfarizal Abdul Rashid berkata, perkhidmatan tersebut disediakan KDEB Waste Management (KDEBWM) melalui permohonan kepada syarikat berkenaan untuk penduduk di kawasan perumahan teres sahaja, lapor Sinar Harian.

"Penduduk perlu mengemukakan permohonan kepada syarikat tersebut bermula 18 hingga 25 April melalui panggilan telefon di talian 03-8081 4437 atau WhatsApp ke 011-3558 4437.

"Kutipan sampah pukal disediakan adalah barangan seperti tilam, perabot lama, barangan elektrik dan seumpamanya manakala barangan ubah suai rumah, pindah rumah serta barang kitar semula tidak termasuk dalam perkhidmatan tersebut," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata keutamaan diberikan kepada penduduk yang sedang melaksanakan persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

"Sebagai makluman, perkhidmatan ini hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh MBSJ.

"KDEBWM tidak akan melaksanakan sebarang kutipan sampah pukal selepas tamat tarikh yang telah dinyatakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619