ADN

DUN Rawang peruntuk hampir RM20,000 anjur aktiviti imarah Ramadan

12 Apr 2022, 11:53 PM
DUN Rawang peruntuk hampir RM20,000 anjur aktiviti imarah Ramadan

SHAH ALAM, 13 APRIL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang menyediakan peruntukan hampir RM20,000 bagi menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan tahun ini.

Chua Wei Kiat berkata daripada jumlah itu sebanyak RM17,200 disalurkan kepada masjid dan surau sekitar Rawang bagi aktiviti pengimarahan.

"Sejumlah RM800 diberikan kepada empat masjid manakala surau pula masing-masing menerima RM500. Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan beban pihak pengurusan masjid serta surau," katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan pihaknya turut mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk kepada penduduk sekitar Rawang.

Katanya, sebanyak 3,000 pek kurma juga diedarkan kepada orang awam di bazar sekitar kawasan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619