AGENDA

Solat rapat saf: Junjung perkenan sultan, jemaah diminta patuh SOP

28 Mac 2022, 7:38 AM
Solat rapat saf: Junjung perkenan sultan, jemaah diminta patuh SOP

SHAH ALAM, 28 MAC : Kerajaan Negeri menjunjung kasih perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor untuk merapatkan saf solat di masjid, surau dan musala di seluruh negeri.

EXCO Hal Ehwal Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj itu untuk memastikan fungsi pusat ibadah dihidupkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan

"Perkenan itu tepat pada masanya, memandangkan setiap kali kedatangan Ramadan umat Islam akan mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah pada bulan yang mulia dan penuh rahmat itu.

"Semoga dengan kebenaran ini membuka ruang lebih besar dan luas kepada ramai umat Islam untuk menunaikan solat tarawih, berbuka puasa, qiamullail di masjid dan lain-lain acara ibadah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Zawawi menasihatkan umat Islam di negeri ini terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

"Semoga dengan perkenan DYMM tuanku ini akan menambah lagi rahmat dan inayah Allah kepada DYMM tuanku, kaum kerabat dan seluruh pimpinan serta rakyat pada Ramadan kali ini," katanya.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengumumkan kebenaran solat berjemaah di masjid dan surau dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal berkuat kuasa 1 April.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619