AGENDA

Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 8 malam

25 Mac 2022, 8:11 AM
Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 8 malam
Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 8 malam

SHAH ALAM, 25 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 8 malam ini.

Agensi menerusi Twitter memaklumkan tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat selain Perlis dan Kuala Lumpur diramal mengalami keadaan tersebut.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) serta Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang).

Manakala Terengganu membabitkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin) diikuti Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Ramalan sama sehingga 6 petang melibatkan Sarawak di Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Marudi) dan Limbang sementara Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619