AGENSI

Empat keluarga mangsa kebakaran di Sungai Buloh terima bantuan Yide

23 Mac 2022, 6:30 AM
Empat keluarga mangsa kebakaran di Sungai Buloh terima bantuan Yide

SHAH ALAM, 23 MAC: Empat keluarga mangsa kebakaran di dua kawasan di Sungai Buloh menerima bantuan segera daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), semalam.

Yide memaklumkan sumbangan pertama diberikan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plong yang terbabit dalam kejadian itu pada jam 1 pagi, Isnin lalu.

"Sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan asas harian diserahkan oleh Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti, Md Arifin Jaafar kepada mangsa yang terlibat," katanya di Facebook.

Menerusi hantaran yang berbeza, Yide berkata sumbangan kedua diberikan kepada tiga keluarga di Kampung Paya Jaras Tengah yang terbabit dalam kebakaran pada jam 9.30 pagi, Ahad lalu.

"Kejadian kebakaran yang berpunca akibat litar pintas itu memusnahkan keseluruhan harta benda, namun tiada kemalangan jiwa yang berlaku," katanya.

Yide mengalukan kepada orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan musibah, malapetaka dan bencana alam boleh menghubungi Eksekutif Kebajikan YIDE di talian 017-7569476.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619