AGENSI

1,800 anggotai sukarelawan kesihatan negeri, aktif anjur program

21 Mac 2022, 7:23 AM
1,800 anggotai sukarelawan kesihatan negeri, aktif anjur program

SHAH ALAM, 21 MAC: Seramai 1,800 individu menyertai program Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) sejak ditubuhkan Ogos tahun lalu.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata lebih 100 aktiviti kesihatan awam berkaitan Covid-19 turut digerakkan kepada komuniti sepanjang tempoh itu.

"Pencapaian pasukan ini memuaskan dalam tempoh kurang setahun penubuhannya dan perlu diberi galakan serta sokongan berterusan," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Sijangkang Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung prestasi SUKA dalam usaha membendung jangkitan Covid-19.

Dr Siti Mariah menambah latihan dan kursus bersesuaian diteruskan tahun ini bagi memastikan anggotanya dilengkapi ilmu mencukupi dalam bidang kesihatan awam.

SUKA terbuka kepada warganegara yang menetap di Selangor, berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan serta dilatih menggunakan modul bertemakan Covid-19 sebelum digerakkan ke seluruh negeri.

Modul meliputi pengurusan pesakit, ujian Covid-19 di rumah dan penggunaan kit penilaian rumah menerusi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) yang diajar secara profesional.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619