AGENDA

Lepasi sasaran, Minggu Selangor di Dubai catat nilai pelaburan berpotensi RM960 juta

18 Mac 2022, 2:37 AM
Lepasi sasaran, Minggu Selangor di Dubai catat nilai pelaburan berpotensi RM960 juta

SHAH ALAM, 18 MAC: Sebanyak RM960 juta bagi nilai pelaburan berpotensi direkodkan sepanjang Minggu Selangor @Dubai Ekspo 2020 bermula 6 hingga 12 Mac lalu.

EXCO pelaburan, perdagangan dan perindustrian berkata jumlah itu melebihi sasaran RM500 juta ditetapkan kerajaan persekutuan.

"Minggu Selangor @Dubai Ekspo 2020 berjaya menarik minat ahli perniagaan serta pelabur antarabangsa dengan mengambil peluang untuk bertemu dengan ahli delegasi dan menyatakan hasrat untuk melebarkan pelaburan dan perniagaan di negeri ini.

"Butiran pencapaian Minggu Selangor adalah memperoleh 158 padanan perniagaan, 92 potensi kerjasama perniagaan dan nilai pelaburan berpotensi sebanyak RM960 juta," kata Dato’ Teng Chang Khim.

Katanya, program itu juga menyaksikan memorandum perjanjian di antara Northport (Malaysia) Berhad dan Seahawk Lines Shipping LLC dimeterai membabitkan nilai RM45 juta.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengenai jumlah pelaburan yang berjaya dibawa pulang menerusi Minggu Selangor @Dubai Ekspo 2020 di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Teng Chang Khim berkata jumlah pengunjung mingguan ke Pavilion Malaysia pada Minggu Selangor merekodkan 68,518 iaitu angka tertinggi setakat ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619