AGENSI

MB jangka bantuan banjir selesai diagih hujung Mac

16 Mac 2022, 5:50 AM
MB jangka bantuan banjir selesai diagih hujung Mac

SHAH ALAM, 16 MAC: Proses bayaran Bantuan Selangor Bangkit (BSB) kepada mangsa banjir dijangka selesai sepenuhnya akhir bulan ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata baki agihan melibatkan 7,236 orang di Klang, Kuala Langat (530), Petaling (348), Sepang (223), Kuala Selangor (56) dan Gombak (dua).

Beliau memaklumkan sebanyak 2,942 permohonan ditolak atas beberapa faktor antaranya tidak memenuhi kriteria bantuan dan bertindih satu sama lain.

"Sementara 300 permohonan lagi belum tentu sahkan kedudukannya sama ada layak atau ditolak," katanya menjawab soalan wakil rakyat Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada 21 Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri menyediakan dana RM100 juta bagi permulaan program BSB susulan banjir di beberapa daerah pada 18 Disember.

Selain pemulihan prasarana, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada waris korban banjir dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619