AGENDA

Kurangkan bergantung ujian PCR, RTK-Ag lebih baik dalam fasa endemik

14 Mac 2022, 9:47 AM
Kurangkan bergantung ujian PCR, RTK-Ag lebih baik dalam fasa endemik

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Kebergantungan kepada ujian RT-PCR Covid-19 perlu dikurangkan dan penggunaan Kit Ujian Pantas (RTK-Ag) Antigen (RTK-Ag) adalah lebih baik semasa Fasa Peralihan ke Endemik.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi hantaran video berdurasi dua minit di Twitter beliau hari ini berkata keputusan RTK-Ag yang pantas iaitu hanya mengambil 15 minit berbanding keputusan RT-PCR (ujian tindak balas berantai polimerase masa nyata) yang mengambil tempoh panjang, adalah lebih efektif dalam menghadapi gelombang Omicron.

“Berbanding RT-PCR yang sangat sensitif, sampai orang yang sudah pulih pun masih lagi positif bila mengambil ujian RT-PCR… dalam situasi sekarang di mana varian Omicron yang cepat merebak, ujian RTK adalah lebih efektif kerana tidak perlu 24 hingga 48 jam untuk tahu sama ada positif atau tidak.

“Lebih cepat kita boleh kesan, lebih cepat kita asingkan diri jika positif. Lebih baik 1,000 orang menjalani ujian RTK-Ag daripada 10 orang yang RT-PCR walaupun RT-PCR lebih sensitif,” katanya.

Beliau berkata RTK-Ag yang lebih murah dan mudah didapati di pasaran sudah memadai bagi mengesan kes positif Covid-19 berbanding RT-PCR yang lebih mahal.

Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa sekiranya keputusan RTK-Ag dikesan positif, keputusan itu tidak perlu disahkan dengan menjalani ujian RT-PCR sebaliknya individu berkenaan perlu menjalani kuarantin serta-merta.

Mengenai kualiti kit ujian kendiri Covid-19, Khairy berkata kementerian sentiasa memantau kualiti kit ujian tersebut.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619