AGENDA

22,535 kes harian Covid-19, 384 pesakit di unit rawatan rapi

14 Mac 2022, 2:48 AM
22,535 kes harian Covid-19, 384 pesakit di unit rawatan rapi

SHAH ALAM, 14 MAC: Jumlah harian covid-19 terus menurun sebanyak 3,715 kes kepada 22,535 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 185 kes kategori 3, 4 dan 5 direkodkan semalam.

Katanya, daripada jumlah itu 109 kes atau 58.92 peratus membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas dan 53 kes atau 28.65 peratus adalah pesakit yang mempunyai komorbid.

Kes-kes lain membabitkan individu yang belum divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak dan individu yang sudah menerima dos penggalak.

"Setakat semalam, 2,574 pesakit atau 0.8 peratus sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 8,704 kes atau 2.7 peratus dirawat di hospital.

"Seramai 162 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 222 pesakit di ICU memerlukan bantu pernafasan," katanya dalam kenyataan.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 8,637 kes (38.33 peratus)

Kategori 2: 13,713 kes (60.85 peratus)

Kategori 3: 72 kes (0.32 peratus)

Kategori 4: 63 kes (0.28 peratus)

Kategori 5: 50 kes (0.22 peratus)

Sebanyak 87 kes kematian dicatatkan semalam, termasuk 25 di luar hospital manakala 25,356 pesakit dilaporkan sembuh semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kepada 3,468,888 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619