AGENDA

Tanah runtuh: Tiada aktiviti pembalakan, hujan berlarutan punca kejadian

11 Mac 2022, 3:58 AM
Tanah runtuh: Tiada aktiviti pembalakan, hujan berlarutan punca kejadian

AMPANG JAYA, 11 MAC : Dato' Menteri Besar mengesahkan tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pembalakan berlaku di tapak insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pihak berkuasa tempatan juga tidak pernah menerima sebarang aduan berlakunya tanah runtuh di kawasan terbabit sebelum ini.

"Ia merupakan kawasan lapang dan tidak ada sebarang aktiviti seperti pembalakan atau pengosongan tanah, memang tidak ada. Mungkin ia disebabkan keadaan hujan yang berlarutan selama beberapa hari sebelum ini menyebabkan struktur tanah terurai.

"Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya juga tidak pernah menerima aduan untuk kawasan ini, yang kita pernah terima aduan pun di Taman Permai iaitu empat kilometer daripada lokasi ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan kira-kira setengah jam di lokasi insiden tanah runtuh di sini hari ini.

Petang semalam insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang meragut empat nyawa dan seorang cedera ringan, selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa yang dilaporkan tertimbus dilaksanakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pandan, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pelbagai agensi lain bermula 5.54 petang.

Operasi SAR ditamatkan pada kira-kira 2 pagi apabila polis mengesahkan penemuan semua mayat mangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619