AGENDA

29 lokasi di ibu kota dinaiki air, alami banjir kilat

8 Mac 2022, 1:19 AM
29 lokasi di ibu kota dinaiki air, alami banjir kilat

SHAH ALAM, 8 MAC: Sebanyak 29 kawasan sekitar ibu kota dinaiki air berikutan hujan lebat petang semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata bagaimanapun banjir di 25 lokasi surut dalam tempoh 30 hingga 45 minit manakala empat lagi dianggar satu hingga tiga jam, lapor Harian Metro.

"Dua pusat pemindahan sementara (PPS) juga dibuka masing-masing di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Saraswati yang membabitkan 560 orang daripada 145 keluarga.

"Di Dewan Sultan Sulaiman pula, ia membabitkan mangsa banjir di Kampung Periuk, seramai 128 orang," katanya dalam kenyataan media.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memantau tiga insiden tanah runtuh dilapor masing-masing di Taman Gembira di Jalan Kuchai Lama; Seksyen 6, Wangsa Maju dan Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan dengan kerja susulan akan dilakukan dalam kadar segera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619