AGENSI

Bilik gerakan bencana MBSJ, MBPJ kini dibuka

7 Mac 2022, 1:07 PM
Bilik gerakan bencana MBSJ, MBPJ kini dibuka
Bilik gerakan bencana MBSJ, MBPJ kini dibuka

SHAH ALAM, 7 MAC: Bilik Gerakan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah mula dibuka dan beroperasi 24 jam.

Perkara itu dikongsi Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter, sebentar tadi.

"Sebarang aduan dan kecemasan di kawasan MBSJ boleh menghubungi talian tersebut," katanya.

Warga Subang Jaya mempunyai aduan dan hal kecemasan boleh menghubungi talian 03-8024 7700.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi Facebook turut memaklumkan telah membuka pusat penempatan banjir di Dewan PJS 1/35 dan Dewan PJS 2C/6.

Agensi itu berkata penduduk yang terkesan boleh menghubungi talian hotline yang beroperasi 24 jam iaitu 03-7954 2020.

[caption id="attachment_511805" align="aligncenter" width="551"] Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka Dewan Serbaguna PJS 2C/6 sebagai pusat penempatan banjir susulan hujan lebat pada 7 Mac 2022. Foto Facebook MBPJ[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619