PBT

MBPJ selesai 12,805 aduan awam tahun lalu, cantas pokok paling banyak

1 Mac 2022, 3:39 AM
MBPJ selesai 12,805 aduan awam tahun lalu, cantas pokok paling banyak

SHAH ALAM, 1 MAC: Sebanyak 12,805 atau 89.6 peratus daripada 14,291 aduan awam berjaya diselesaikan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di kawasan itu tahun lalu.

Lima kes aduan tertinggi melibatkan cantas atau tebang pokok, lampu jalan, halangan awam atau siar kaki dan petak parkir, kerosakan longkang kecil serta anjing liar.

"MBPJ komited menyelesaikan aduan diterima, justeru inisiatif yang dibuat adalah piagam pelanggan setiap jabatan yang sentiasa disemak dan dikaji semula," kata Unit Komunikasi Korporatnya dalam kenyataan.

Sementara itu, menurut MBPJ, sebanyak 2,609 aduan diterima setakat 17 Februari lalu dengan 1,483 aduan diselesaikan manakala baki dalam proses tindakan.

Jelas pihak berkuasa tempatan itu lagi, setiap pegawai dan kakitangan juga diarah bertindak segera selepas menerima aduan dan maklum balas pelanggan.

Aduan boleh dibuat mengikut saluran berikut:

  1. E-mel - aduan@mbpj.gov.my
  2. Talian khas - 03-79542020
  3. Fax - 03-79551804
  4. Facebook - https://www.facebook.com/mbpjaduan/
  5. Sistem Perhubungan Pelanggan - https://embpj.mbpj.gov.my
  6. Aplikasi - eAduan MBPJ (Playstore)
  7. WhatsApp - 011-12017914 (waktu bekerja sahaja)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619