AGENSI

Bekalan air 13 kawasan wilayah Petaling pulih sepenuhnya

25 Feb 2022, 12:00 PM
Bekalan air 13 kawasan wilayah Petaling pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 25 FEB: Bekalan air di 13 kawasan wilayah Petaling yang terlibat pembaikan sistem elektrik di rumah pam Bukit Jelutong U8, di sini pulih sepenuhnya jam 6 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan ke kawasan yang belum menerima bekalan air.

"Sehingga jam 6 petang, pemulihan bekalan air di 41 kawasan yang terjejas telah mencapai 32 peratus.

"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya jam 9 pagi esok," menurut kenyataan yang dikeluarkan jam 7 petang.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain

bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air disaran membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Orang ramai boleh merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter bagi mendapatkan perkembangan semasa atau hubungi talian 15300 jika terdapat pertanyaan dan aduan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619