AGENSI

Hampir 14,000 lagi mangsa bah Klang selesai terima RM1,000 hari ini

23 Feb 2022, 1:42 PM
Hampir 14,000 lagi mangsa bah Klang selesai terima RM1,000 hari ini
Hampir 14,000 lagi mangsa bah Klang selesai terima RM1,000 hari ini

KLANG, 23 FEB: Seramai 13,997 lagi mangsa banjir di Klang pada Disember lalu menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di lima lokasi hari ini, dengan keseluruhan 46,554 penerima setakat ini.

Bantuan RM1,000 diagih di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Dewan MBSA Kemuning Utama, Dewan Seri Kerayong, Kompleks Sukan Pandamaran dan Dewan TNB Kapar mulai jam 3 petang.

Pegawai Daerah Klang Mohd Faizal Abdul Raji menjangka agihan kepada 24,429 pemohon lagi selesai Jumaat ini seperti diumum Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

"Insya-Allah, kita memang sasarkan sesi penyampaian BSB kepada pemohon akan selesai dalam minggu ini termasuk Bantuan Wang Ihsan daripada kerajaan persekutuan.

"Anggota dari Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang turut membantu di setiap lokasi bagi melancarkan proses agihan," katanya ketika ditemui di sini.

[caption id="attachment_510084" align="aligncenter" width="713"] Mangsa banjir menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 23 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mohd Faizal berkata pemohon yang tidak dapat hadir pada waktu ditetapkan boleh mewakilkan ahli keluarga masing-masing dengan hanya perlu mengemukakan salinan kad pengenalan.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar memberi jaminan agihan selesai menjelang hujung bulan susulan jumlah permohonan tinggi yang perlu diteliti.

Setakat 21 Februari, seramai 72,451 isi rumah mendapat manfaat dengan belanja lebih RM72 juta termasuk bantuan RM130,000 kepada 13 waris korban.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619