AGENDA

Pakar: Berisiko buka sempadan ketika kes tinggi, langkah kurang tepat

20 Feb 2022, 8:38 AM
Pakar: Berisiko buka sempadan ketika kes tinggi, langkah kurang tepat

SHAH ALAM, 20 FEB: Pembukaan semula sempadan negara ketika jangkitan Covid-19 memuncak dianggap keputusan kurang tepat kerana berisiko melonjakkan lagi kes, kata pakar perubatan.

Meskipun langkah itu penting bagi menjana semula ekonomi, namun kemampuan pengurusan kesihatan juga perlu diambil kira, jelas Prof Madya Dr Rosnah Sutan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Kes positif meningkat dari hari ke hari disebabkan impak varian Omicron, selain sikap sambil lewa masyarakat. Jika sempadan dibuka, apa yang dibimbangkan keupayaan kesihatan kita pula tidak mampu menampung kapasiti pesakit," katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau menambah kenaikan kes akan menyebabkan negara lewat menuju endemik malah kerajaan terpaksa

menanggung kos kesihatan yang tinggi untuk keperluan perubatan dan kuarantin.

"Keperluan pembukaan sempadan antarabangsa tidak dinafikan kepentingannya, namun kita perlu pastikan penularan tempatan ini dikawal terlebih dulu," kata Dr Rosnah.

Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya optimis Malaysia dapat membuka pintu sempadan dalam masa terdekat dengan keutamaan diberikan kepada negara jiran dan Asia.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619