ADN

DUN Sentosa tubuh sukarelawan, galak anak muda sertai misi bantuan

18 Feb 2022, 2:14 AM
DUN Sentosa tubuh sukarelawan, galak anak muda sertai misi bantuan

KLANG, 18 FEB: Dewan Undangan Negeri Sentosa melancarkan kumpulan sukarelawan sendiri minggu hadapan bagi membantu penduduk berdepan masalah.

Wakil rakyat Dr G Gunaraj berkata pasukan dikenali 'Khidmat 100' itu bukan hanya berbakti kepada masyarakat sekitar DUN sahaja sebaliknya sedia digerakkan ke seluruh negara.

“Penubuhan ini susulan pelancaran pasukan Khidmat Untuk Malaysia (Khidmat) pada awal bulan ini selain kita mahu anak muda aktif membantu golongan masyarakat.

“Kumpulan sukarelawan ini dilancarkan pada Sabtu minggu hadapan melibatkan 100 ahli untuk peringkat awal. Kita jangka lebih ramai akan sertai pasukan ini ,” katanya.

Pada 6 Februari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Khidmat bagi membantu kebajikan rakyat terutama ketika berdepan bencana.

Inisiatif yang merupakan kesinambungan penubuhan Sukarelawan Selangor (SERVE) itu bertujuan meringankan beban dan derita masyarakat selain melahirkan sifat kemanusiaan dalam diri ahlinya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619