AGENDA

Pelajar ijazah pertama dipelawa mohon tajaan JPA

15 Feb 2022, 7:14 AM
Pelajar ijazah pertama dipelawa mohon tajaan JPA
Pelajar ijazah pertama dipelawa mohon tajaan JPA

SHAH ALAM, 15 FEB: Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dipelawa untuk memohon penajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan permohonan itu boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan http://esilav2.jpa.gov.my dan ia dibuka mulai 14 Februari hingga 27 Februari ini.

Penajaan menerusi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2022 itu dibuka kepada pelajar yang sedang menuntut di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan universiti berkaitan kerajaan (GLU).

Antara syarat permohonan adalah pemohon mestilah warganegara, ibu atau bapa tidak disenarai hitam JPA, tidak menerima tajaan dari pihak lain bagi peringkat pengajian yang sama dan telah memulakan pengajian peringkat ijazah pertama sebelum tarikh iklan ditutup.

Maklumat lanjut boleh menghubungi 03-8885 3297 atau e-mel pidn2022@jpa.gov.my

[caption id="attachment_508951" align="alignnone" width="603"] Maklumat permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2022.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619