AGENSI

Buat saringan awal, cegah jangkitan barah pangkal rahim

13 Feb 2022, 12:20 PM
Buat saringan awal, cegah jangkitan barah pangkal rahim
Buat saringan awal, cegah jangkitan barah pangkal rahim

PETALING JAYA, 13 FEB: Jangkitan barah pangkal rahim (serviks) mampu dihindari jika golongan wanita mempunyai kesedaran awal untuk membuat saringan.

Pengerusi Yayasan Rose Prof Dato' Dr Adeeba Kamarulzaman berkata ujian boleh dibuat menggunakan kit kendiri dengan kekerapan hanya dua kali setahun.

"Setakat ini, kebanyakan wanita negatif barah selepas membuat ujian di Yayasan Rose dan jika positif mereka akan dirujuk ke hospital untuk rawatan," katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_508747" align="alignleft" width="354"] Prof Dato' Dr Adeeba Kamarulzaman[/caption]

Beliau ditemui pada Program Ujian PCR HPV Percuma Untuk Saringan Kanser Pangkal Rahim di Dewan Komuniti MBPJ Damansara Damai hari ini, yang dirasmikan EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu, Pakar Onkologi Ginekologi Prof Dr Woo Yin Ling berkata seramai 15,000 individu menjalani saringan bersama Yayasan Rose sejak tiga tahun lalu.

Jelasnya, sebanyak 400 kes prabarah dan empat kes positif berjaya dikesan dalam tempoh berkenaan sekali gus membantu mereka membuat tindakan susulan.

"Kesedaran menjalani saringan serviks semakin bagus tetapi kebanyakan beranggapan perlu melakukan ujian lumuran pap sedangkan teknologi baharu sudah digunakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619