ADN

ADN jejak warga emas rumah ke rumah daftar SMUE

13 Feb 2022, 8:18 AM
ADN jejak warga emas rumah ke rumah daftar SMUE

SHAH ALAM, 13 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang melawat rumah warga emas setiap bulan bagi memperkenal Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada yang layak.

Inisiatif itu berikutan pendaftaran warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit masih rendah dengan hanya sekitar 9,000 orang setakat ini, jelas Azmizam Zaman Huri.

"Selain ziarah dan bertanya khabar kepada warga emas, saya turut memperkenalkan skim ini, yang boleh didaftar di mana-mana Pejabat Khidmat Masyarakat DUN," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sebelum itu, beliau bersama Persatuan Penduduk Kota Bayuemas menziarah dan menyerahkan keperluan asas kepada warga emas kurang berkemampuan selain membantu mendaftarkan SMUE.

Skim tersebut diperkenal sejak 2008 khusus buat warga emas berumur 60 tahun ke atas atau orang kurang upaya (OKU) berumur 21 tahun ke atas.

Setiap ahli akan menerima baucar hadiah hari jadi sebanyak RM100 dan tabung khairat kematian RM500.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619