AGENDA

Pesakit kategori 2B mesti rujuk pusat penilaian Covid-19. Kenali ciri gejala sederhana (INFOGRAFIK)

7 Feb 2022, 8:13 AM
Pesakit kategori 2B mesti rujuk pusat penilaian Covid-19. Kenali ciri gejala sederhana (INFOGRAFIK)
Pesakit kategori 2B mesti rujuk pusat penilaian Covid-19. Kenali ciri gejala sederhana (INFOGRAFIK)

SHAH ALAM, 7 FEB: Pesakit Covid-19 yang bergejala ringan, berusia bawah 60 tahun dan tidak mempunyai lebih satu penyakit (komorbid) tidak perlu hadir ke pusat penilaian Covid-19 (CAC).

"Sebaliknya (mereka) hanya perlu melakukan pemantauan kendiri melalui kit penilaian di rumah (HAT) dalam aplikasi MySejahtera," kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook.

Selain kategori 1 (tanpa gejala), bagi menghadapi gelombang Omicron, KKM membahagikan pesakit kategori dua kepada 2A (ringan) dan 2B (sederhana).

Gejala bagi dua kategori dihuraikan dalam infografik di bawah.

Individu positif kategori 2B dan ke atas, sama ada berisiko tinggi atau tidak, dan mengalami gejala yang semakin teruk dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat.

Menurut KKM, individu kategori 2B perlu melakukan pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC.

 

Virus Covid-19 terus merebak pantas dengan merekodkan lonjakan ketara sejak pertengahan minggu lepas sehingga 11,034 kes hari ini, jumlah tertinggi tahun ini .

Sebanyak 10,089 kes direkodkan semalam berbanding 9,117 pada Sabtu, 7,234 kes (Jumaat) dan 5,720 (Khamis).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619