AGENDA

Pemain biola buat persembahan di media sosial tampung rawatan bapa

29 Jan 2022, 3:30 PM
Pemain biola buat persembahan di media sosial tampung rawatan bapa

SHAH ALAM, 29 JAN: Pemain biola profesional Endang Hyder Zainuddin membuat persembahan di Twitter untuk menampung kos perubatan bapanya, yang turut berdepan masalah kewangan.

Bapanya Zainuddin Mohd Ottok, 71, menghidap penyakit kencing manis, jantung dan tekanan darah rendah dengan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong pada 2020.

Menerusi akaun @EndangHyder, beliau akan memainkan gesekan biola lagu popular dan orang ramai boleh membayar tips ke Maybank 1580 4284 2085 selain menjemputnya membuat persembahan berbayar.

Selain akaun bank, bayaran kepada Endang juga boleh dibuat melalui e-dompet Shopee dan aplikasi PayPal yang pautannya boleh didapati di Twitter rasminya.

Endang atau nama betulnya Ell Zain Hyder Zainuddin menjelaskan kini berada di Jakarta, Indonesia untuk melengkapkan sesi rakaman gesekan biolanya dengan tajaan Port Ipoh.

Namun pada masa sama perlu membantu keperluan perubatan bapanya yang menetap di Kampar, Perak.

Mengikut laporan media sebelum ini, pendapatan ibu tunggal kepada tiga anak itu sebagai pemuzik dan pengajar biola terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

Kesempitan hidup itu juga menyebabkan Endang pernah berpuasa bagi menjimatkan wang daripada membeli tuala wanita.

Kisahnya menjual salah satu biola kesayangan untuk membayar bil perubatan ayahnya dan barang keperluan keluarganya turut mendapat perhatian ramai.

Endang antara personaliti membuat persembahan dalam acara sastera tahunan anjuran Kerajaan Selangor, Hadiah Sastera Selangor (HSS) edisi 2020 yang disiarkan pada 20 Julai tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619