ADN

Kumpool Ride pusing Subang Jaya, atasi sesak di lokasi padat

27 Jan 2022, 4:30 AM
Kumpool Ride pusing Subang Jaya, atasi sesak di lokasi padat

SHAH ALAM, 27 JAN: Perkhidmatan e-panggilan bas ulang-alik diperkenal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya bagi menyurai kesesakan trafik dan parkir di kawasan berkenaan.

Dengan kadar serendah RM1, pengguna boleh mendapatkan akses pengangkutan lebih mudah, selesa dan selamat setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam, kata wakil rakyatnya.

Menurut Michelle Ng Mei Sze, lebih 200 hentian disediakan meliputi tempat tumpuan, stesen bas, Transit Aliran Ringan (LRT) dan kawasan perumahan yang padat.

"Ciri-ciri e-panggilan yang digunakan ialah sistem tempahan melalui aplikasi dan penjejakan bas untuk mengenal pasti masa ketibaan secara tepat.

"Jika dibandingkan dengan sistem e-panggilan sedia ada, ia juga lebih murah memandangkan penetapan kadar pada RM1," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, pengerusi Kumpool berkata perkhidmatan tersebut mendapat sambutan baik dalam kalangan warga emas, pelajar dan ibu bapa sejak dilancar akhir Disember tahun lalu.

Goh Chun Hean menjelaskan kebanyakan ibu bapa mempercayai khidmat pengangkutan itu untuk menghantar anak-anak ke sekolah berikutan lokasinya boleh dikesan melalui aplikasi.

"Saya yakin pengangkutan ini dapat mengubah cara perjalanan orang ramai dan bakal menjadi salah satu perkhidmatan terkemuka dalam industri pengangkutan awam di Malaysia," katanya.

Aplikasi Kumpool beroperasi di Johor sejak 2020 dan diperluas ke kawasan lain secara berperingkat. Sistem itu boleh dimuat turun di Apple Store atau Google PlayStore.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619