AGENDA

OUM bantu ringan beban 30 pelajar terjejas banjir

17 Jan 2022, 1:19 PM
OUM bantu ringan beban 30 pelajar terjejas banjir
OUM bantu ringan beban 30 pelajar terjejas banjir

SHAH ALAM, 17 JAN: Open University Malaysia (OUM) membantu 30 pelajarnya yang terjejas akibat bencana banjir pada Disember tahun lalu.

Universiti itu menerusi kenyataan memaklumkan bantuan kewangan berjumlah antara RM1,000 hingga RM2,000 kepada mereka adalah salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha meringankan beban ditanggung.

"OUM amat bersimpati dengana musibah melanda pelajar kami dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka dalam menghadapi situasi sukar," maklum kenyataan itu.

Bantuan itu disampaikan Pengurus Besar (Operasi dan Pengalaman Pelajar) OUM Prof Dr Siti Aishah Hashim Ali di Pusat Pembelajaran Shah Alam, di sini semalam.

[caption id="attachment_505171" align="aligncenter" width="525"] Pengurus Besar (Operasi dan Pengalaman Pelajar) Open University Malaysia (OUM) Prof Dr Siti Aishah Hashim Ali dan pengurusan universiti bersama pelajar selepas majlis penyerahan bantuan banjir di Pusat Pembelajaran Shah Alam pada 16 Januari 2022. Foto ihsan OUM[/caption]

Sebelum ini, OUM melalui Kelab Meteor turut menggerakkan Skuad Bantuan Bencana bagi membersihkan kawasan terjejas banjir di Taman Sri Nanding pada 23 Disember dan Taman Sri Muda (25 Disember).

Menerusi program itu, OUM juga menyumbang 200 kit bantuan pascabanjir seperti toto, bantal, selimut dan tuala.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619